Thursday, November 4, 2010

Kelahiran Nur Qaireen Batrisyia

Alhamdulillah kandungan ku genap 38 minggu. Dan pada pukul 3.00 pagi 25hb Oktober 2010 aku telah terasa sakit hendak bersalin.  Walaupun begitu ku tahan lagi sehingga ke pagi.  Tepat pukul 6.00 pagi aku mengejutkan suami ku dan 2 anakku; Danish dan Haziq.  Setelah semuanya siap Danish dan Haziq dihantar ke rumah ibunya seperti biasa. Dan kemudian aku dan suami terus ke hospital memandangkan sakit ku semakin kuat.  Sampai di hospital aku diberhentikan di depan emergency oleh suamiku.  Sementara suamiku mencari parking.  Oleh kerana tidak tertahan lagi pekerja di Unit Emergency telah menghantar aku ke screning room.  Namun kesakitan tidak tertahan lagi doktor terus menghantar ku ke lab. room.  Apa yang aku ingat tepat 9.38 pagi 25hb Oktober 2010 terdengarlah tangisan pertama Qaireen.  Akibat terlalu letih setelah pengecaman jantina aku terus tertidur..
Alhamdulillah doa ku dimakbulkan untuk memperolehi seorang puteri.

 Inilah puteri kesayangan ku kini.. Comelkan.. hehe

Tengah lena diulit mimpi..

 Tengah menangis..
                                                     Sicomel ku....

2 comments:

  1. Salam,
    First of all,Congratulation for a new baby born' Alhamdullilah..!
    Ermmm..try blogging pulak ek, everything orait cuma bahasa yg digunakan kena ringan lagi kot jangan macam sekolah sangat..Hahaaaa.
    Anyhow, nice one!

    ReplyDelete
  2. aduh... just try je.. penuhkan masa bercuti.

    ReplyDelete