Monday, March 3, 2014

BORING

Lama dah tak 'post' apa-apa dalam blog nie.  Sibuk jer.. Ada jer benda nak buat.  Nie kira tahap boring giler nie.  Godek-godek komputer jumpa blog aku balik.  "BORING" !!! pelik bukan bila aku kata aku boring.  Tak tahu nak katalah tapi lately nie memang aku boring.  Terutama boring bila ada kat pejabat.  Dah tak best nak duduk pejabat nie... Yelah tahun nie tahun yang ke tujuh aku ada kat sini.  Dah waktu yang luar biasa.  Selalunya aku berada di sesuatu Jabatan tu dalam 2 atau 3 tahun jer.  Duduk Unit nie plak dah tahun yang ke 4 lah.  Unit yang paling lama aku kena tahan.  Ulang balik kena tahan bukan bertahan... 

Actually duduk Unit nie ok cuma orang jer tak ok.  Kata orang mana-mana tempat sama jer.  Tapi nie pejabat aku yang ke empat.  Tak sama lah.  Pejabat nie paling banyak ragam.  Dan Unit yang aku duduk nie paling teruk aku rasa.  Dulu ok jer tapi sejak ada 'fire stone' nie bertambah teruk.  'Fire Stone pulak telah melebarkan sayap mencari pengaruh.  Aku tak rasalah aku tenggelam oleh 'fire stone' tapi kerana dia lah orang pandang serong, orang pandang lain macam kat Unit aku nie.

Mungkin juga orang kata kalau seseorang tu dah terlalu lama duduk satu-satu pejabat dia akan rasa pejabat tu dia yang punya walaupun dia bukan lah oarng penting atau bukan level pengurusan.  Bukan menghina tapi menyatakan pendapat jer.  Bagi aku orang sebegini harus sedar di level mana dia berpijak, di kerusi mana dia duduk.  Jika masih di kerusi pelaksana dan tak mungkin ke kerusi pengurusan ikut saja arahan yang diberi.  Tapi jika boleh ke kerusi pengurusan tak mengapalah.

Kadang-kadang aku terlalu emosional kut... Tapi aku jadi alergik pulak bila dengan suara 'fire stone'.  Adalah lebih baik 'fire stone' berkenaan tiada di pejabat.  Aku rasa dunia indah tanpa suaranya.  Aku tergugat ker... Rasanya tidak tergugat cuma menyampah.


Aku cuba buat tak tahu.  Tapi bila buat tak tahu makin sakit pulak mata dengan telinga aku nie. Sabarlah wahai hati.. selagi boleh bertahan aku bertahan.  Aku tak pernah ada masalah dengan kerja atau orang bawahan aku tapi sorang nie jer.  Aku ngakulah memang aku tak boleh handle dia nie... Habis ayat aku baca dah.  Penat aku dah. 

Thursday, September 1, 2011

Qaireen 9 bulan




saya dah 9 bulan gigi ade dua.. suka gigit mama.. semua org suka main ngan saya tapi kalau saya nangis saya suka kat mama jer.. huhuhu..

Monday, July 18, 2011

Qaireen 8 bulan




Saya Ayien dah 8 bulan..saya rasa dah nak jalan..saya dah pandai berdiri.. tapi mama selalu marah saya berdiri takut jatuh... tak pe mama saya tau jaga diri.. tapi abang pun suka kacau bila saya berdiri... tak pe tak pe.. agaknya raya nie saya boleh jalan kut...tengok  rambut saya dah boleh taruk sepit rambut.. cantik kan..

Monday, June 13, 2011

Qaireen 7 bulan




Saya dah besar.. dah 7 bulan.. tak lama lagi boleh jalan2.. sekarang saya dah merangkak dan pandai kemas rumah.. mama selalu marah bila saya kemas rumah.. berat saya sekarang dah 9kg.. gaun saya banyak dah tak muat .. nasib baik mama jual baju baby cam saya ambik jer... 

Saturday, May 7, 2011

Qaireen 6 bulan




makin membesar anak mama.. mama doakan semoga Qaireen sentiasa sihat...

Monday, April 11, 2011

Qaireen 5 bulan



Kejap je rasa masa berlalu.  Kini Qaireen dah 5 bulan.. Tengah lasak.  Sibuk nak menyarap.. Berat badan sekarang dah 6.8kg.. Makin besar anak mama...

 

Wednesday, March 16, 2011

Gambar2 Kenduri 5 Mac 2011.


Gambar2 sepanjang majlis pertunangan adik aku (Sharipah).. macam2 gaya anak2 buah ku.. keriangan, keletihan dan kelesuan.. apa2 pun semua enjoy.. terima kasih pada semua yang menjayakan majlis.  jutaan terima kasih pada my beloved husband atas tenaga, susah payah  untuk menjayakan majlis ini.