Thursday, December 23, 2010

Urutan Bayi


Setelah lahirnya Qaireen baru aku tahu betapa pentingnya urutan pada bayi.  Setelah anak ketiga.. ermmm sebelum nie tiada siapa yang memberitahuku.  Terima kasih pada adik ku Shahrizal kerana mengajar aku teknik urutan pada bayi. Kebetulan pula dia ambil occupational therapy kat UiTM. Terima kasih juga pada pengasuh anakku Ratna Seri Dewi atas nasihat yang diberi.

Setelah beberapa sessi urutan Qaireen nampak lebih aktif dan boleh mengangkat kepala sendiri apabila ditebalikkan.  meh kita syer sama-sama teknik2 nya.


2.5m_Massage


Boleh juga tengok video dari johnson & johnson.





Antara faedah urutan yang boleh dikongsi bersama.

Faedah urutan bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang perlu rawatan khusus

SENTUHAN dan belaian memang mempunyai kuasa ajaib kerana ia memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi.

Banyak bukti saintifik menunjukkan sentuhan dan belaian yang diberikan dalam bentuk urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi. Malah, urutan dikatakan rawatan alternatif terbaik untuk memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.

Urutan sangat penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang dan kumpulan yang memerlukan rawatan khusus seperti Sindrom Down, serebral palsi, asma, autistik, kanak-kanak yang mengalami gangguan pasca traumatik dan jangkitan virus HIV.

Bayi dalam senarai di atas biasanya mengalami masalah tumbesaran yang lebih lambat berbanding bayi normal dan dilahirkan cukup bulan. Kajian ke atas bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan) yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus yang membolehkan mereka keluar dari hospital lebih awal.

Bagi kanak-kanak istimewa, urutan antara rawatan yang sangat penting. Urutan ringan yang diberikan kepada bayi bukan saja boleh merehatkan, bahkan turut merangsang peningkatan fungsi otot dan memperbaiki kemampuan otot tangan dan kaki, terutama bayi Sindrom Down yang mengalami masalah otot kendur. Masalah ini menyebabkan mereka sukar bergerak dan berjalan.

Pengarah Bersama Institut Penyelidikan Sentuhan, Miami, Florida, Dr Maria Hernandez-Reif, berkata urutan boleh membantu meningkatkan fungsi motor (pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot bayi.

Banyak kajian menunjukkan urutan boleh menenangkan dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk berinteraksi dengan lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat urutan.

Apabila diurut, badan menghasilkan hormon oksitosin dan endorfin yang membuatkan kita selesa serta membantu meredakan ketidakselesaan akibat tekanan emosi. Malah, ada juga teknik urutan yang dapat mengurangkan masalah sinus dan hidung tersumbat.

Ada juga kajian mendapati urutan boleh mengatasi masalah kolik, iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dalam usus. Perkara ini biasa berlaku pada bayi sehingga menyebabkan mereka tidak mahu menyusu.

Mengurut perut dengan perlahan beberapa kali bukan saja meredakan kesakitan, malah membuat bayi berasa lebih selesa. Pengamal rawatan alternatif ini percaya urutan pada perut bayi yang dilakukan setiap hari dapat mengelak masalah sekatan angin dalam usus.

Dianggarkan 60 hingga 90 peratus penyakit yang berlaku pada bayi disebabkan tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan. Urutan akan memberi ketenangan yang membantu merangsang kebolehan bayi untuk menghadapi tekanan.

Tekanan yang dialami bayi dan kanak-kanak sukar dikesan, kecuali melalui perubahan tingkah laku. Mungkin ada yang bertanya bagaimana bayi boleh mengalami tekanan pada usia semuda itu. Ketika diurut, bayi menerima dua perkara iaitu tekanan dan kelegaan.

Rangsangan yang diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pada kulit sebenarnya boleh menjadi sumber tekanan kepada bayi, tetapi ia diseimbangkan dengan suara, bau dan sentuhan ibu atau bapa yang mengurut mereka.

Urutan boleh mengurangkan paras hormon kortisol (hormon tekanan), membuatkan kanak-kanak tidur lebih nyenyak. Malah, kajian Institut Sentuhan Miami, Florida mendapati bayi yang diurut menunjukkan peningkatan sel darah putih yang bertanggungjawab mampu membunuh banyak sel tumor. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.

Lebih penting, urutan banyak manfaatnya kepada bayi pra matang. Kajian mendapati urutan mampu meningkatkan kemahiran motor dan merangsang perkembangan mental bayi.

Kajian Odense Hospital, Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan banyak perubahan positif, terutama pada pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan paras oksigen dalam darah.

p/s: sumber komuniti mengandung.com

Monday, November 29, 2010

Happy Birthday Danish - 24 November 2010

Happy Birthday Danish.  Dah besar anak mama dan ayah.  Dah 8 tahun.. Tahun depan dah Tahun 3.  Tak sangka cepat masa berlalu.  Danish makin membesar mama dan ayah makin tua hehe..  Tiada juga majlis sambutan cuma meraikan satu keluarga sahaja.  Kebetulan Cik Adik ada di rumah.  Pak Cik Dodit dan tunangnya pun kebetulan  berkunjung ke rumah kami. Itu ajelah tetamunya.. Yang penting kek mesti ada sama macam adiknya Haziq.



 Senyum dapat potong kek.. Itu kepuasan anak-anak ku.
Tiada hadiah tidak mengapa asalkan dapat potong kek.

Nie hadiah dari Pak Cik Dodit.  Hadiah nie Danish dah request sebelum birthday lagi.



 Cup cake dari Lovelycake Bukit Aman dan Donut dari Big Apple Jaya Jusco Seremban 2 di hadiahkan oleh Cik Ipahnya..  Manis-manis semuanya.



Tuesday, November 9, 2010

Zaman dulu-dulu

 Terkenang zaman nie.  form two rasanya. Cikgu kesayangan ramai siapa lagi kalau bukan Cikgu Wan Melati binti Md Lazim.  Semua kawan-kawan dah ada keluarga masing-masing. Tak kurang juga yang menyepikan diri tak tahu khabar berita.  Yang dah pergi kita sedekah Al Fatihah.. Rasanya ada juga yang aku tak kenal kalau berjumpa.  Tapi insyaallah jika ditegur aku akan membalas.
Rasanya ini gambar terakhir jadi pengawas di sekolah.  Ketua Pengawas selaku kawan baikku (lelaki) hingga kini.  Bergaduh end then berbaik semula itulah kami.  Berita sedih berita gembira memang kami kongsi antara satu sama lain.  Sehinggakan pasangan kami pun mengenali antara satu sama lain..  Kawan-kawanku yang lain masih aku hubungi hingga kini dari zaman surat menyurat, telefon rumah, telefon bimbit hinggalah ke face book masih ramai lagi yang mengingati zaman persekolahan.  Tak kira yang manis atau pun yang pahit.

Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi bersama di Facebook aku paling suka tengok gambar nie.  Masa nie darjah enam.  Rupa aku saling tak tumpah seperti adik keempat aku  Sharifah.  Kalau tengok balik perangai dia pun macam aku.  Beza aku dengan dia aku banyak bersusah untuk mengecapi kehidupan seperti sekarang tapi adik aku banyak bersandar pada aku.  Tapi aku tak kisah sangat mungkin rezeki dia agaknya.  Tiga jejaka yang hensem tu Mohamad Sarian, Faizal Murah dan A Samad Said orang yang aku senangi bila berkawan.  Idayanti, Rafidah dan Rozita kawan sekolah rendah tapi bila sekolah menengah mereka membawa haluan masing-masing.  Kecuali Rozita masih sama sekolah dengan aku hingga form three.

Sudah 18 tahun meninggalkan alam persekolah. Rindu pada alam tersebut, pada kawan-kawan, pada cikgu-cikgu.  Jika dikenangkan nak tergelak pulak rasanya.  Yang terindah sentiasa di dalam ingatan..

Thursday, November 4, 2010

Qaireen di Wad Pediatrik Hospital Tuanku Jaafar

 Pada 30hb Oktober 2010 Qaireen telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana kekurangan berat badan sebanyak 18%.  Berat badan dikesan semasa membuat pemeriksaan TSB (jaundise).  Setelah di buat kajian Qaireen kurang Breast Feed.  Namun setelah pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar kanak-kanak, jantung Qaireen dikesan kurang degupan terutama semasa breast  feed.  Qaireen diletakkan di wad NICU selama 2 hari untuk pemantauan dengan diberi oksigen.  Setelah diberi oksigen degupan bertambah normal.  Namun x-ray, ECG dan ECHO tetap dilakukan.

Keputusan x-ray, ECG dan ECHO tidak menunjukkan apa-apa kecacatan pada jantung Qaireen.  Doktor pakar juga tidak dapat mengenal pasti apa sebabnya.  Untuk itu Qaireen dirujuk ke IJN pada 6hb Disember 2010 dan Qaireen dibenarkan keluar wad pada 3hb November 2010 dengan nasihat yang berjela dari doktor pakar.  Harapan ku agar Qaireen tidak apa-apa dan sentiasa dilindungi Allah.

Kelahiran Nur Qaireen Batrisyia

Alhamdulillah kandungan ku genap 38 minggu. Dan pada pukul 3.00 pagi 25hb Oktober 2010 aku telah terasa sakit hendak bersalin.  Walaupun begitu ku tahan lagi sehingga ke pagi.  Tepat pukul 6.00 pagi aku mengejutkan suami ku dan 2 anakku; Danish dan Haziq.  Setelah semuanya siap Danish dan Haziq dihantar ke rumah ibunya seperti biasa. Dan kemudian aku dan suami terus ke hospital memandangkan sakit ku semakin kuat.  Sampai di hospital aku diberhentikan di depan emergency oleh suamiku.  Sementara suamiku mencari parking.  Oleh kerana tidak tertahan lagi pekerja di Unit Emergency telah menghantar aku ke screning room.  Namun kesakitan tidak tertahan lagi doktor terus menghantar ku ke lab. room.  Apa yang aku ingat tepat 9.38 pagi 25hb Oktober 2010 terdengarlah tangisan pertama Qaireen.  Akibat terlalu letih setelah pengecaman jantina aku terus tertidur..
Alhamdulillah doa ku dimakbulkan untuk memperolehi seorang puteri.

 Inilah puteri kesayangan ku kini.. Comelkan.. hehe

Tengah lena diulit mimpi..

 Tengah menangis..
                                                     Sicomel ku....

Saturday, October 23, 2010

Pertandingan Mewarna Hari Merdeka 31.08.2010

Pertandingan mewarna diadakan di Sekolah Tadika KEMAS Taman Tasik Jaya pada 31 Ogos 2010.  Haziq bukan main lagi khusyuk mewarna nak hadiah le katakan.


Tengoklah tu teknik-teknik mewarna Haziq...


Inilah hasil lukisan Haziq.. Confident je Haziq boleh menang.. bila diumumkan nombor 4 hinggalah nombor satu namatak naik nak nangis dah Haziq.  Budak-budak ingat semua dia nak dapat.  Habis pengumuman pemenang nama tak ade mulalah menangis si Haziq nie.  Namun ada pulak cabutan bertuah untuk empat orang peserta.  Nama tak keluar juga.. teng teng airmata dah berjurai-jurai si Haziq nie.  Nasib baik lah cabutan utama nama naik..hehe


Tengoklah tu terus senyum melerek dah dapat hadiah sebuah khemah.  Terus ajak balik.  Cerita budak-budak... kelakar je.

Happy Birthday Haziq.


Inilah kek Haziq yang sempat ayahnya belikan pada hari ulang tahun yang ke lima pada 28 Ogos yang lepas.  Tiada majlis diadakan pada hari itu kecuali ahli keluargaku sahaja.  Maklumlah aku tengah sarat mengandung dan tak larat nak buat majlis.



Siap nak pasang lilin lagi Haziq nie.. Layan je lah takut kecik hati nanti.


Tu... dah siap tiup lilin..  Selamat Hari Ulang Tahun yang ke lima ......